Salam,
wajah terpaku,
mata merenung,
hati tersa sayu,
melihat keadaan mak yg terdampar sakit,
tidak dapat berjalan,
kerna di serang angin ahmar,
wajahnya ku dakap,
tergambar keresahan di raut wajahnya,
hampir 3 tahun mak berkeadaan begitu,
tidak dapat melaksanakan sepenuh tnggungjawab sbg ibu dan isteri,
ceritanya bermula di tanah suci,
ketika aku berumur 17 tahun,
mak,abah dan sedara2 ku yg lain mengerjakan umrah,
pada 2 hari sebelum mereka pulang ke malaysia ,
mak telah terlepas dari gengaman tgan abah ketika pintu kaabah dibuka,
dan ketika itu,beribu manusia menziarahi kota mekah tersebut,
mak terpisah dari abah dan saudaraku yg lain,
mak berjalan begitu jauh untuk ketemui hotel yg mereka duduki,
sementara abah dan saudara yg lain turut mencari kelibat mak,malang sekali tidak ketemuo,
akhirnya mereka semua pulang ke hotel dgn niat untuk menyambung pencarian pada keesokan harinya,
polis turut membantu dalam pencarian tersebut,hari sudah gelap
mak mengambil kputusan bijak menyewa teksi,
walaupun ketika itu mak tidak mmegang wang,
mak mengarah pemandu tersebut menuju ke hotel.
mujur,mak ingat nama hotel tersebut dgn jelas,,
alhamdulillah,
mak ketemu abah dan saudara yg lain,
pada keesokan harinya,ketika emak sdg mengambil wuduk,
tiba2 mak jatuh,
kerana kaki sakit kepenatan berjalan smlam,
pada saat itu juga,mak diserang angin ahmar,
sebelah tubuh nya mati,
YA ALLAH,
mak dikerjakan ke hospital,
dan saudara lain memutuskan untuk pulang ke Malaysia lebih awal,
tp aku bersyukur,kejadiaan yg menimpa mak berlaku setelah mak telah selesai mengerjakan umrah dgn sempurna.
sementara aku pula di Malaysia terkejut mndpt pngilan dari abah,
mengatakan mereka telah sampai di KL,
dan akan bertolak ke johor,
knp terlalu awal,sdgkan flight mereka seharusnya tiba 2 hari lg?..
ketika abah telefon,aku sempat menanyakan khabar mak,
namun,
abah cuma mengatakan mak ada di sisinya,
abah tidak memberitahu keadaan sebenar emak,
lewat mlm mereka smpi di johor,
tp ketika itu aku keluar bersama sakinah pergi ke konvo di UTM,
akak telah menghantar sms kpd ku agar aku pulang segera.
mak sakit angin ahmar.
dgn sepantas kilat aku menuju pulang ke rumah,
tp,
sampai sahaja di rumah,
aku tidak melihat kelibat mak,
dimna mak??
mak telah ditahan di wad HSA,
ketika itu,jiran2 berkumpul di rumah,
mereka terkejut dgn berita yg dibawa oleh abah,
aku masih kuat,
air mataku masih mmpu bertahan,
jiran menenangkan aku agar bersabar,
malam itu kami adik beradik di bawa ke hospital,
doktor hanya membenarkan 2 org sahaja yg leh masuk,
kami bergilir,
aku disuruh untuk menjaga ibu pada mlm itu,
maka tercatit sejarah,
pertama kali tidur di hospital,
setelah sampai giliran aku,
langkah ku longlai,
berdebar rasa hati,
langkah ku terhenti di sebuah katil tepi di antara pesakit2 yg ada,
aku melihat mak terdampar baring di katil tersebut,
dgn keadaan hidubg di sumbat dgn tube,
bibir ku tergamam,
perlahan aku menyebut.
"mak.........
tp,
mak tidak dpt menyahut pngilan itu,
mak x dpt bercakap,
YA ALLAH..
ketika itulah badan ku lemah,
butir2 jernih mula jatuh ke pipi,
perasaan ku tidak dpt ditahan lg,
ibu yg seringkali aku mendengar leterannya,
tidak dpt bercakap,
inikah dugaan yg KAU berikan kpd ku TUHAN,,
sungguh berat untuk aku menerimanya,
ketika itu aku merasa dunia ku bagai gelap seketika,
namun dgn hati yg cekal,
aku terima segalanya dgn redha dan sabar..
sambungan.....................