Tuesday, March 16, 2010

KUIH,KUIH.



kuih donat



kuih karipap



di bawah sinaran terik matahari,
terngiang2 jeritan 2 budak kecilmenjinjit bakul,
berambut kerinting keperangan,
melaung jeritan,
kuih,kuih.....
tiba2 seorg makcik memanggil,
"dik,tunggu,,
2 budak tersebut berpandangan,
sambil terlakar senyuman di bibir mereka,
"kuih apa dik arini??
"karipap ada,donat,kuih lapis....
"ok,bg makcik karipap rm2,dgn donat rm1 ye dik,,
mereka dgn pantas mengambilnya masuk ke dlm plastik,
setelah itu,mereka berjalan lg,
berjalan keliling taman,
hingga kuih yg diisi di bakul habis,
apabila kehabisan,
tergambar kegembiraan di muka mereka,
itu bermakna,mereka bakal mendpt ganjaran upah hasil jualan mereka hari ini,
wlaupon hanya 50sen upahnya,
mereka melonjak kegembiraan,
kdgkala upahnya di masuk ke dalam tabung,
dan kdgkala,
membelanjakan membeli mknan ringan spt kanak2 lain,
keesokan hari,
jam sudah menunjukkan 3.30 ptg,
mereka berdua baru pulang dari sek agama,
diminta lembut oleh ibu,
menukar pakaian,
di hadapan pintu,
sudah tersedia 2 bakul berisi penuh kuih2 yg bakal dijaja oleh mereka,
tergambar kepenatan dan muncung dari bibir mereka berdua,
dan berkata..
"penatlah mak....
si ibu hanya tersenyum sambil berkata ..
"nak,jgn lah begini,nnt blik hbis jualan rehat ye,nnt mak masak sedap2 untuk kamu,,
mereka pon melakar senyuman manis,
spt biasa jeritan mereka memecah hening petang,
bila tiba saat mereka melalui lorong rumah yg berhadapan sek agama,
si adik berkata,
"xpayah jerit laa kak ,nnt kwan2 yg sdg belajar dengar,dan cikgu sekali,
nnt dorang ejek,
si akk pon menurut permintaan adiknya,
lepas sahaja melalui lorong tersebut 
si adik berkata,
klu dorang tgok kita nnt pasti dorang ejek kita kan kak kat sekolah,
malu laa kak,
si akak hnya tersenyum .
hari sudah hampir senja ,
mereka pon pulang dgn bakul kosong,
spt mana yg si ibu janjikan,
mereka dihidangkan dgn ayam goreng,
selepas mkn mereka berehat dan menyiapkan kerja rumah,
begitulah rutin harian mereka,
menjalani kehidupan kanak2,
setelah mereka menaikin sek menengah,
si ibu berhenti jualan,
maka,,
tamat lah pengalaman kecil mereka menjadi.
GADIS PENJAJA KUIH.




WATAK:
IBU:SHARIFAH SALAMAH SYED SULONG(MAK KU)
AKAK:SHARIFAH NAJAH (KAKAK KU)
ADIK:SHARIFAH HAFIZA ADIBAH(ME)




pengalaman yg mmg sukar diluput dari ingatan,
ada ketika,
perasaan malu untuk mendedahkaN kehidupan ini,
kpd kawan2,
takut di ejek,
namun,
aku bertanya kpd diriku sendiri,
untuk apa malu,
aku patut bangga dan bersyukur,
segalanya dapat aku rasai pahit perit kehidupan.
MAK,,,
aku bangga dgnmu,
tabah dlm hadapi liku2 kehidupan dalam membesarkan kami,
JASAMU AKAN KU KENANG HINGGA HUJUNG NYAWA!!     
 

No comments:

Post a Comment